Thursday, October 23, 2008

Keindahan Yang Hilang

Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu.
Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.
Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.

II
Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa
Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
suara siapa parau mendera di malam lara
kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

III
Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih
Bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.

(Antologi Kerusi,DBP,2000)

Puisi Keindahan yg Hilang adalah puisi ku yang ke-2 n aku telah bjaya mdapat tempat ke-2. wah, semua 2. Aku mmg suke no. 2..ntah, xtau kenape..tp mmg suke. aku rasa nak bgtau pada 1 dunia yg aku telah jatuh cinta pada dunia ni. Pada masa tu, aku saje nak menonjolkan diri. Kate dr Tuah, kite kena berani mmpromosikan diri sendiri. Sbb, tiada sape akan tlg diri kite, slagi kite xtolong diri sendiri. Puisi ini telah ddeklamasikan pada Bulan Penghayatan Sastera, S.M.K. Semerah 2003.. Sek yg ku cinta n sayangi sehingga kini...

n impianku..mcm impian elyana lak. aku nak jadi pendeklamasi puisi yg profesional. aku mmg xpandai sangat nak m'arang. jadi klo A. Samad Said jemput aku untuk deklamasikan puisi2nya kan best..tp sape la aku kan? tp aku percaya, n aku masih percaya.. peluang ada di mana2..setinggi mana pun bintang, jika aku xmampu capai, satu hari nnti bintang tu akan jatuh juge ke bumi.

tp skrg aku lebih dkenali dgn minah pantun..sbnarnya tu bukan duniaku. jiwaku lebih pada puisi. mgkin sbb 'aku n perubahan' dalam kursus etika. n lepas tu, aku kurang menyerlah dalam bidang pendeklamasian ni. mgkin, di sini bukan haluan ku.. Aku bukan pandai sangat dalam bidang ni, tp kdng2 aku rasa nak tegur. cara pendeklamasi puisi ni ada caranya..tp sape aku untuk menegur..semoga impianku jd kenyataan.

Monday, October 20, 2008

Sejarah Masjid Batu Uban

LAPORAN TEMU BUAL BERSAMA NENEK KALTHOM, PEWARIS KETURUNAN NAKHODA NAN INTAN (PENGASAS MASJID JAMEK BATU UBAN-MASJID PERTAMA DI PULAU PINANG)

Kami telah pergi ke Batu Uban pada 31 Ogos 2008 untuk menemui keturunan Nakhoda Nan Intan yang merupakan pengasas Masjid Jamek Batu Uban yang juga masjid pertama di Pulau Pinang. Disana kami telah menemui cucu Nek Som yang telah membawa kami ke rumah neneknya. Kami telah diperkenalkan dengan Nek Som yang merupakan generasi kelima keturunan Nakhoda Nan Intan dan anaknya Abdul Aziz yang merupakan penjaga Masjid Jamek Batu Uban.

Kami mula menemubual Nek Som bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai asal-usul Masjid Jamek Batu Uban. Sebelum itu, Nek Som telah menunjukkan kepada kami dokumen-dokumen berkenaan Masjid Jamek Batu Uban. Berdasarkan dokumen tersebut, Nek Som memulakan ceritanya. Menurut Nek Som, Masjid Batu Uban telah di asaskan oleh Tuan Haji Mohammad Saleh yang digelar Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734. Nama sebenar beliau ialah Maharaja Nan Intan Ibni Al-Marhum Tengku Patih Nan Sebatang. Beliau berhijrah dari Minangkabau. Nek Som memaklumkan kepada kami bahawa Nakhoda Nan Intan berasal dari Kampung Buadi, Paya Kumboh, Pagar Ruyung, Sumatera. Nakhoda Nan Intan telah datang ke Pulau Pinang bersama dua bahtera lagi. Nakhoda Nan Intan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil). Ketiga-tiga nakhoda tersebut mempunyai talian persaudaraan.

Kubur Haji Mohammad Saleh juga pernah menjadi tempat pemujaan kerana di katakan keramat. Dalam makam Haji Mohammad Saleh hanya terdapat dua kubur sahaja, iaitu kubur beliau dan kubur cucunya. Kubur isteri dan anak menantunya tidak dapat di kesan. Isteri Haji Mohammad Saleh bernama Suri Padi (tinggal di Minangkabau), manakala anak beliau tiga orang iaitu bernama Maharaja Nan Intan, kedua bernama Kalthom tinggal di Kampung Pertapang, Paya Kumboh. Anak ketiga pula tinggal di Kampung Pagar Jinjang bernama Maharaja Nan Keruek. Salah seorang anak beliau telah mati syahid dalam peperangan dengan Kerinchi iaitu Maharaja Nan Hitam. Panglima Rachuan ialah saudara sepupu sebelah ibunya, Suri Padi. Nakhoda Nan Intan telah berkahwin lagi semasa menetap di Batu Uban. Malim ibn Malim Panjang (Paya Kumbuh) menjadi askar yang gagah perkasa di Majapahit. Kalthom telah berkahwin dengan seorang saudagar yang bernama Sheikh Ahmad Makawi.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka mendapat dua orang cahaya mata yang di beri nama Sheikh Mohammad Salleh Al-Makawi (berkahwin dengan Salamah) dan Zainab (berkahwin dengan Ahmad Badiq). Menurut Nek Som lagi, Abdul Rashid merupakan datuknya (keturunan ketiga) hasil perkahwinan Sheikh Mohammad Salleh Al-Makawi dengan Salamah. Kalthom dan Sheikh Ahmad (Tuan Chik) juga merupakan anak kepada Sheikh Salleh Al-Makawi. Hasil perkahwinan Abdul Rashid dengan Siti Sheikha, mereka mendapat dua anak iaitu Wanteh dan Siti Rahmah. Wanteh telah berkahwin dengan cucu Kalthom (Rugayah) dan mendapat dua orang anak iaitu Kalthom (Nek Som) dan Md Salleh yang merupakan generasi kelima Nakhoda Nan Intan. Kebanyakkan penduduk di kampong Batu Uban terdiri daripada keturunan Nakhoda Nan Intan. Keturunan mereka juga terdapat di Kuala Kedah, Langkawi dan Negeri Sembilan.

Dari segi rekabentuk masjid, Masjid Batu Uban merupakan masjid yang terletak berhampiran dengan laut. Terdapat tembok berbentuk segi empat menyerong yang dibina di tepi masjid dan disebelah tembok pula terdapat pohon Asam Jawa. Di bahagian tengah tembok, terdapat satu telaga yang di gunakan untuk para jemaah mengambil wuduk. Asal-usul telaga ini adalah disebabkan Haji Mohammad Saleh (Nakhoda Nan Intan) ingin mencari air. Beliau kemudiannya telah menggali lubang ditepi pantai dan mendapati air yang keluar dari lubang itu jernih. Dikatakan telaga ini mempunyai keistimewaan kerana airnya tawar dan jernih walaupun terletak di tepi laut. Walaupun ombak merempuh tembok tersebut, namun tembok itu masih kukuh. Akibat daripada itu, beliau mahu tinggal di kawasan tersebut. Beliau bersama anak kapalnya telah menebang pokok di Pulau Jerjak untuk membina masjid dan seterusnya membina penempatan di situ.

Di bahagian tengah masjid terdapat empat tiang utama yang dikatakan adalah dari pohon cendana. Oleh yang demikian, beliau merupakan orang pertama yang membuka Pulau Pinang dan bukannya Francis Light yang di katakan membuka Pulau Pinang pada tahun 1786. Jeti kayu yang di bina berhampiran menjadi tempat persinggahan kepada pedagang-pedagang, pengembara dan mubaligh Islam yang datang dari India, Pakistan dan Timur Tengah pada ketika itu. Pedagang-pedagang dan mubaligh Islam mengambil kesempatan untuk berniaga dan berdakwah di situ. Di atas masjid iaitu bersebelahan masjid, terdapat tanah perkuburan iaitu kubur Sheikh Ahmad dan keturunannya. Di sekitar kawasan telaga itu juga dijadikan tempat untuk bercukur. Terdapat kolam berhampiran masjid tersebut, namun setelah pembinaan semula masjid , kolam tersebut terletak di bawah masjid. (rujuk lampiran)

Nenek kepada Nek Som menceritakan kepadanya, bahawa pantai terletak jauh sedikit dari daratan dan dalam laut terdapat tiang-tiang. Disebelah tiang pula terdapat tiga biji batu. Batu itu berwarna putih dan menjadi tempat buaya berjemur. Kemungkinan dari situ Batu Uban mendapat nama. Dari sumber lain pula, mengatakan Batu Uban dahulunya dikenali sebagai Oban, Ooban dan Batu Oban yang mengambil nama sempena sebuah batu besar yang menyerupai kepala manusia yang penuh beruban dan terletak di tengah laut antara masjid dan Pulau Jerjak. Namun, kini batu itu tidak kelihatan lagi kerana di tambak untuk pembangunan. Apa yang sangat-sangat di kesalkan adalah akibat sikap pemaju dan kerajaan, proses pengubahsuaian hampir 80% daripada strukutr asal masjid. Jika ada, kawasan tersebut sudah di kecilkan.









































Sunday, October 19, 2008

Jawapan Pada Satu Persoalan


setiap hari aku berjalan sendiri
meniti ruang-ruang
yang pernah aku lalui
bersamanya..
luka di hati siapa yg tahu..

angin yang berlalu
bawalah tangisku,
bawalah resahku,
pulangkanlah senyumanku..
kerna hatiku masih merinduinya
walaupun aku sedar
rindunya bukanlah untukku.

jika ia bukan jodohku
jauhkanlah hatinya dari hatiku,
kerna aku tahu
Kau Maha Mengetahui dan Perancang Seluruh Alam.

siapakah sebenarnya aku dihatinya sebelum ini ?
jawapannya hanya ada padanya..
dan aku sentiasa menunggu jawapan darinya..

Sebuah Kisah Cinta